Untuk kali ini,
Aku cuba untuk berani,
Selami dalami dan berseni,
Agar hatimu cinta terhuni.
Bukan sasterawan petah bicara,
Bukan sang auta hebat berpura,
Hanya suara hati mahu bersuara,
Menyatu jiwa membina bahtera.
Untuk kali ini,
Dan selama ini,
Terima kasih kerana menemani...NAF
-Adib Ahyar-
No comments:
Post a Comment